Sertai Kursus Bahasa Inggeris Di Brican. Ubah Kehidupan Dan Kerjaya Anda Sekarang!

Kami bantu anda bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan yakin hanya dalam masa 12 hari!

Majukan karier anda selepas sertai kelas bahasa inggeris - belajar bahasa inggeris dengan kursus bahasa inggeris Brican

Adakah anda seorang profesional yang berada dalam keadaan stres dan sedih kerana Bahasa Inggeris? Nak cuba cakap tapi asyik tersangkut-sangkut. Dalam kepala asyik cuba ‘translate’ dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris. Kemudian pening fikir grammar rules apa yang patut dipakai. Akhirnya anda rasa ‘stuck’ dan tak boleh balas dalam Bahasa Inggeris!

Anda dah juga cuba belajar tapi masih tak boleh cakap. Akibatnya anda masih berada di tempat sama dan tak naik-naik pangkat, tak naik-naik gaji, dan tak lepas-lepas interview syarikat lain yang lebih baik.

Kalau ini anda, baca ruangan ini sampai habis kerana kursus Bahasa Inggeris di Brican boleh bantu selesaikan masalah anda hanya dalam masa 12 hari!

Dilema Di Tempat Kerja

Dalam dunia kini, Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantara NOMBOR 1 di dunia termasuklah di Malaysia sekalipun. Skil berbahasa Inggeris adalah skil terpenting di dalam dunia korporat. Biarlah anda bekerja di sektor swasta atau kerajaan seperti Petronas, Shell, Kementerian Kesihatan Malaysia, Telekom Malaysia, atau Tenaga Nasional Berhad –  kemampuan berbahasa Inggeris dengan baik adalah sangat penting. Tanpa skil ni, anda mungkin akan:

1. Terlepas Peluang Keemasan

Banyak peluang-peluang yang anda akan terlepas disebabkan kekangan skil berbahasa Inggeris. Dari segi peningkatan kerjaya, tangga gaji, peluang kerja baru, kemasukan ke multinational company (MNC), agensi kerajaan khas, dan juga peluang bekerja di luar negara.

2. Gagal Berkomunikasi

Rasa susah sangat untuk kongsi idea dan jawapan anda kepada orang lain dalam Bahasa Inggeris! Ini akan menyebabkan salah-faham dan sekaligus mengganggu tugasan dan membantukan produktiviti anda.

3.Rasa Tak Yakin Dan Rendah Diri

Ketidak mampuan berbahasa Inggeris dengan baik akan menghalang anda untuk bercakap dengan rakan sekerja, klien, dan pihak atasan. Anda akan sentiasa rasa tak yakin, rendah diri, dan serba kekurangan apabila hendak berkomunikasi dengan mereka!

4.Rasa Stres, Anxiety Dan Takut

Selalu dibetulkan oleh bos, digelakkan oleh rakan-rakan, ataupun diperli oleh orang lain. Ini menyebabkan anda rasa stres apabila nak ke pejabat atau berjumpa orang. Hari-hari rasa takut berpeluh-peluh dahi!

Haizan dalam seminar antarabangsa kursus bahasa inggeris - belajar bahasa inggeris dengan kelas bahasa inggeris Brican
Salah seorang pelajar Brican bercakap di seminar antarabangsa. Beliau adalah satu-satunya orang Malaysia di situ!

Kenapa Pilih Kursus Bahasa Inggeris Di Brican?

Di Brican, kami ‘customise’ kursus kami dengan teliti untuk selesaikan masalah spesifik orang dewasa bekerja seperti anda. Teknik kami akan bantu anda untuk:

Tingkatkan Keyakinan! (Dalam Masa Singkat)

Keyakinan adalah penting sekiranya anda ingin berkomunikasi dengan efektif dan baik. Pelatih-pelatih berpengalaman kami akan bantu anda untuk berlatih dan bercakap dengan cara yang sangat senang dan pantas!

Situasi Dunia Sebenar (Bukan Untuk Jawab Peperiksaan)

Kursus kami fokus pada skil Bahasa Inggeris yang praktikal dan boleh digunakan di tempat kerja. Kami akan melatih anda dalam banyak situasi seperti bercakap dalam mesyuarat, presentation, menulis emel, dan sebagainya.

Fleksibel dan Sesuai Untuk Mereka Yang Sibuk

Kami faham yang masa anda terhad dengan komitmen kerjaya dan keluarga. Sebab itu kami sediakan jadual kursus yang fleksibel. Jadi anda boleh belajar bahasa Inggeris tanpa mengganggu urusan harian anda.

Personalised Learning

Setiap orang adalah berbeza. Kami bantu anda dengan ‘personalised learning experience’ dalam kelas yang kecil.

Teknik Yang Terbukti Efektif

Kami dah melatih sejak 2016 dan mempunyai beribu pelajar dengan testimonial-testimonial yang kami sangat banggakan! Beribu orang bekerja profesional daripada organisasi-organisasi hebat dah berjaya bercakap dengan yakin di tempat kerja!

Kami Dah Bantu Klien Daripada:

Syarikat Yang Dah Sertai Kelas Bahasa Inggeris - belajar bahasa inggeris dengan Kursus Bahasa Inggeris

Sertai Brican English Sekarang!

Jangan jadikan bahasa Inggeris sebagai penghalang karier anda. Ambil tindakan sekarang sebelum anda terlambat dan menyesal. Sertai kursus Bahasa Inggeris Brican English sekarang dan lihat kejayaan-kejayaan yang akan anda capai nanti!

Get Started Now!

Dah bersedia untuk majukan karier anda? Sertai kursus Bahasa Inggeris di Brican dan terus mula tingkatkan skil komunikasi Bahasa Inggeris anda! Jangan biarkan kesulitan berkomunikasi halang kejayaan anda.

Siapa Perlu Sertai Kursus Bahasa Inggeris Brican?

Kursus-kursus di Brican English di reka untuk membantu individu daripada pelbagai kerjaya yang menghadapi masalah komunikasi di tempat kerja. Anda mesti sertai kursus bahasa Inggeris kami sekiranya anda adalah:

Siapa patut sertai kelas bahasa inggeris - belajar bahasa inggeris dengan kursus bahasa inggeris Brican

1. Pekerja Swasta & Korporat

Sama ada di syarikat multinational (MNC) atau firma lokal, bahasa Inggeris adalah penting untuk kerjaya anda. Sertai kursus bahasa Inggeris kami untuk tingkatkan skil anda.

2. Pegawai Kerajaan

Bahasa Inggeris adalah penting untuk komunikasi rasmi antara kerajaan – swasta – antarabangsa. Kursus kami boleh bantu anda bercakap dengan yakin dan lancar!

3. Penyedia Penjagaan Kesihatan

Komunikasi antara individu adalah sangat penting di dalam bidang kesihatan. Daripada vendor sehinggalah ke pesakit, bahasa Inggeris adalah bahasa yang selalu digunakan. Kami akan dedahkan kepada anda rahsia bercakap dengan yakin di dalam kursus bahasa Inggeris Brican.

4. Jurutera

Bahasa yang tepat dan jitu sangat penting untuk jurutera di pejabat mahupun site. Kursus kami boleh bantu anda untuk sampaikan informasi teknikal dengan lebih efisyen.

5. Cikgu Dan Tenaga Pengajar

Tenaga pengajar perlukan skil komunikasi yang mantap untuk menyampaikan ilmu dengan efektif. Sertai kursus kami untuk tingkatkan bahasa Inggeris di tempat mengajar!

6. IT Professionals

Bahasa Inggeris adalah lingua franca dalam industri teknologi. Kursus kami akan membantu maju ke hadapan dalam ekosistem teknologi!

7. Pakar Sales and Marketing

Proses pemasaran dan jualan sangat-sangat bergantung kepada komunikasi efektif dan mempunyai elemen memikat hati. Kursus kami akan bantu mantapkan ‘pitching’ anda kepada pelanggan!

8. Pegawai Khidmat Pelanggan

Dalam bidang khidmat pelanggan, komunikasi yang bagus akan wujudkan ‘trust’. Kursus kami fokus pada skil komunikasi yang penting ketika berinteraksi dengan pelanggan.

9. Legal Professionals

Dokumen dan perbincangan berkaitan undang-undang perlu menggunakan bahasa Inggeris yang tepat. Kursus kami sesuai untuk anda dalam bidang undang-undang.

10. Hospitaliti dan Pelancongan

Bahasa Inggeris adalah penting apabila berhadapan dengan pelancong asing. Kursus kami boleh membantu anda berkomunikasi dengan lebih fasih!

Dengan menyertai kursus bahasa Inggeris di Brican, anda akan diajar cara untuk bercakap dengan yakin dan lancar untuk kegunaan harian anda! Pelatih-pelatih berpengalaman akan membantu dan memberikan perhatian penuh supaya anda boleh berjaya dalam apa jua kerjaya anda ceburi!

Jangan biarkan bahasa Inggeris menghalang kejayaan dalam karier anda! Sertai kursus Bahasa Inggeris di Brican English hari ini.